Petang tadi tergesa- gesa balik semula ke office, sebab rase tak sempat nak solat asar kat umah..ye lah, tengok- tengok jam, dah pukul 6.55 petang..
Terus ke surau, rupa rupanya kelas agama ustaz petang ni..dah lama tak jenguk, dah lama tak dengar masjlis ilmu sebegini..terus aku ambik wuduk dan teruskan solat asar, walau jam dah tunjuk pukul 7.10 mlm..ustaz teruskan kelas tajwidnya..selepas solat..aku terus sahaja terhibur dengar keletah nye berdakwah sambil buat kelakar..memang ustaz tu bagus, lembut, lancar dan senang bicaranya..
Teringat waktu dulu, setiap minggu aku ikuti kelas tajwid, baca jugaklah 2 atau 3 baris ayat Al-Quran tu, dan dibetulkan jugak tajwid ku yg tunggang langgang tu.. hari ni, aku masih seperti dulu dulu..tak lancar lancar lagi bacaan Al-quran ku..padahal..itu yang wajib..bukan English, bukan bahasa lain..Nape lah kita ambik mudah semua ni kan??
Berbalik pada ustaz, dia mula bercerita pasal pertuturan kita sesame manusia.Katanye, dalam pertuturan harian kita, banyak kita gunakan bahasa- bahasa negatif..Terus terasa kena pada batang hidung sendiri..haah, btul tu..makin kerap pulak aku gunakan bahasa- bahasa yg tak sedap didengar tu..tak bagus kan..
Ustaz bicara lagi,katanya malaikat di sebelah kanan dan kiri kita, tidak tau bahasa perli, bahasa sinis, bahasa mengajuk atau bahasa kias..bile kita menyebut perkataan negatif walau untuk perli kawan kita atau secara sinis, tetap padanya satu kesalahan..jadi terpalit juga dosa, tanpa kita sedari..
Katanya lagi..kita patut ubah yg negatif pada positif..contohnya..dari kata bodoh, katakan saja..bijak sungguh si polan ni.. gantikan perkataan bahalul, nakal, bodoh, dah setaraf dengannya dgn perkataan yg positif dan sedap didengar..
Terus hati ku berkata..ya, umur dah 30 tahun, tapi tak reti lagi nak kawal bahasa terutama ketika marah..masih lagi sebut perkataan yg tak elok..pada orang orang yg rapat dan aku sayangi pulak tu..
Jadi, hari ni, walau dalam tempoh 10 minit aku di majlis ilmu, aku dapat belajar sesuatu dan seperti Allah berikan aku hidayah, terus aku bertekad, aku tidak mahu menggunakan bahasa2 kasar ini lagi,cukup cukuplah aku menyakiti hati kenalan, saudara dan orang-orang yang aku sayangi ni..dan untuk sekian lama, tadi aku dapat bersolat magrib berjemaah..
Tenang dan gembira sungguh aku hari ni.. :)
Wednesday, June 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment